Pengajar: Yusri
Marina Water Park, Jalan Teluk Batik, Lumut, Perak
Kolam Renang Pangkalan TLDM Lumut
Saya memberikan latihan renang kepada semua warga sekitar LUMUT, MANJUNG dan SITIAWAN tidak kira JANTINA, BANGSA dan AGAMA mulai umur 13 tahun dan keatas yang mahu belajar renang. Kelas bermula dengan penerangan, regangan dan "water confident". Seterusnya langkah-langkah untuk berenang gaya bebas. Objektifnya ialah "TO FLOAT and TO MOVE"
Tempat : Marina Water Park,Lumut atau Kolam Renang Pangkalan TLDM Lumut.
Masa : Mengikut kelapangan masing-masing. Kebiasaannya Sabtu dan Ahad jam 9pagi.
Pakaian : Pakaian renang yang mengikut keselesaan pelajar dan dibenarkan di kolam renang.
Bayaran : RM20 seorang untuk 1 kelas
(TIDAK termasuk yuran masuk kolam (RM8 di Marina Water Park dan RM5 di Pangkalan TLDM Lumut)).
Jadi sediakan RM28 atau RM25 mengikut tempat pilihan.
1 kelas tidak melebihi 2 jam.
Kelas bergantung kepada pencapaian pelajar. Cepat pandai, cepat habis.
Biasanya 3 kali kelas sudah mencukupi.
Hubungi Yusri: 013-4507281 (Call) atau http://kelasrenanglumut.wasap.my (WhatsApp)
Email: man.swimmer@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/swimming.class.lumut/
9 Sebab Kenapa perlu Belajar Renang.
1. Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu anda dapat menggunakannya bagi menyelamatkan nyawa sendiri
2. Renang merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat berbanding sukan lain. Disebabkan sifatnya yang tidak memberi kesan@impact pada bahagian sendi, ia dapat menghalang kecederaan semasa kita melakukannya. Ia sangat disarankan oleh doktor-doktor bagi menghidap obesiti dan juga penyakit asma.
3. Antara sukan atau aktiviti luar yang paling murah harganya berbanding sukan lain. (sukan berkuda misalnya) Untuk menyertai aktiviti ini, apa yang diperlukan hanyalah sepasang swimming suit dan bayaran masuk kolam yang kebiasaanya hanyalah RM5.00 bagi kolam awam.
4. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang ideal. Lakukan aktiviti ini secara berterusan. Lakukannya sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap kali latihan 3 kali seminggu. Jangan lupa jaga faktor pemakanan anda. InsyaAllah ini dapat dicapai.
5. Disebabkan kelebihan-kelebihannya yang banyak, renang adalah sunnah yang disaran selain dari kemahiran memanah dan juga berkuda
6. Aquatic Advanture bermula dengan kemahiran renang. Dengan kemahiran yang dimiliki membolehkan anda melibatkan diri dengan sukan air. Sebagai contoh, scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi, tetapi kemahiran yang dimiliki tentunya membuatkan anda bertambah yakin untuk menyertainya.
7. Muka bumi kita terdiri dari 70% air berbanding daratan. Ke mana-mana kita pergi, pasti kita akan temui air. Air laut, air tasik, kolam, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan lebih bermakna.
8. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang, tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati sahaja. Sedangkan ahli keluarga lain sedang berseronok bermain air dan berenang.
9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan . Kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya dapat melakukannya bersama keluarga.